KUASA PIHAK BERKUASA NEGERI(PBN)
1. Tahukah anda tanah apa yang boleh dicabut dan dipindahkan bahan batuan?
PBN membenarkan sesiapa sahaja yang memohon untuk mencabut dan memindahkan bahan batuan dari
-Tanah Kerajaan
-Tanah Berimilik
-Tanah Lombong
-Tanah Rizab
2. Apakah tujuan mencabut dan memindahkan bahan batuan?
-Tujuannya adalah untuk memindahkan bahan batuan di luar kawasan tersebut.
3. Pengeluaran permit perlu dipohon terlebih dahulu daripada:
- Kes Tanah Kerajaan oleh Pentadbir Tanah
-Kes Tanah Berimilik oleh Pentadbir Tanah kepada tuan punya tanah , mana-mana orang atau badan lain.
-Kes Tanah Lombong oleh Pentadbir Tanah dengan tindakan kelulusan oleh Inspektor Kanan Galian atau mana-mana pegawai lain yang buat masa itu ditugaskan dengan pentadbiran di dalam Negeri itu mengenai mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perlombongan kepada oang atau badan yang buat masa itu berhak kepada faedah pajakan atau sijil perlombongan yang dipersoalkan ATAU dengan keizinan orang atau badan itu, mana-mana orang atau badan lain.
-Kes Tanah Rizab oleh Pentadbir Tanah yang bertinfak dengan kelulusan pegawai yang buat masa itu mempunyai kawalan ke atasnya. Oleh pegawai itu bila dan setakat mana yang dia diberi kuasa bagi tujuan itu oleh PBN.
Maksud daripada kenyataan di atas, kami boleh kupaskan bahawa setiap tanah mempunyai pegawai yang terlibat dan diberi kuasa untuk mengeluarkan permit dan perlu mendapat kebenaran daripada pemegang pajakan.
Jangkamasa, syarat-syarat dan bentuk permit dan lain-lain.
1. Jangkamasa yang diperuntukan dalam Seksyen 72 Kanun Tanah Negara adalah tiap-tiap permit untuk mencabut , memindah dan mengangkut bahan batuan hendaklah dikeluarkan untuk satu tempoh yang tidak lewat daripada penghujung tahun kalendar dalam mana ia bermula, dan terhenti manakala tamatnya tempoh itu walaupun jumlah keseluruhan bahan batuan belum lagi dihabis cabut , dipindah dan diangkut.
2. Tiap-tiap permit untuk mencabut dan memindah bahan batuan hendaklah menggunakan BORANG 4.
3. Peruntukan seksyen 73 Kanun Tanah Negara, apabila berlakunya kematian atau pembubaran sesuatu syarikat maka permit tersebut tidak boleh dipindahmilik atau bertukar tangan.
Contohnya, apabila si ayah(pemilik permit) telah meninggal dunia maka permit tersebut tidak boleh dipindahmilik atau dialihak kepada si anak.
4. Peruntukan seksyen 74 Kanun Tanah Negara PBN boleh mengarahkan Pentadbir Tanah atau pegawai yang berkaitan untuk yang mengeluarkan mana-mana permit supaya menghendaki orang atau bahan mendepositkan sejumlah wang yang difikirkan munasabah tujuan untuk pematuhan dengan sempurna dan pemulihan tanah apabila terhenti permit itu.
Kenapa permit diperlukan?
-Apabila sesuatu pembangunan hendak dijalankan, pembangunan itu memerlukan tanah, pasir, kerikil dan granite. Maka, tidak semua tanah mempunyai bahan batuan seperti ini.
Thursday, 17 December 2015
Monday, 14 December 2015
PERSOALAN ?
1) Apakah kesan undang-undang terhadap pemberimilikan tanah yang telah diluluskan ?
2) Bolehkah ia diserahkan kepada orang lain ?
3) Sekiranya boleh,adakah boleh penerima serahan membuat tindakan untuk pemberimilikan?
Persoalan-persoalan di atas boleh dirujuk dari kes-kes berikut ;
a) mahni lawam ali (1965)
b) tan ah boon lawan the state of johore (1936)
MAHNI LAWAN ALI
-Fakta kes
sapiah telah membuat permohonan kepada PBN untuk mendapatkan tanah kerajaan di Bandar Baru Sungai Way, Mukim Petaling untuk dijadikan tempat kediaman. Pada 4 hb Julai 1958, dia telah diberitahu bahawa permohonannya telah diluluskan. Dia dengan itu telah membayar premium, cukai sewa tahun pertama dan juga bayaran ukur. Selepas tiga tahun Sapiah telah menjual tanahnya kepada Mahni. satu borang serah hak telah dikeluarkan dengan bersaksikan oleh Pemungut Hasil Tanah sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu iaitu Peraturan Undang-Undang 1930. Penyerahan hak itu kemudiannya telah pun didaftarkan pada bulan november 1963.
Malangnya pada masa yang sama, bapa tiri kepada Sapiah iaitu Ali yang pada masa itu sama-sama menetap ditanah tersebuttidak mahu berpindah dari tanah dan rumah rumah tersebut. Untuk menambahkan lagi bban Sapiah, Ali telah pun menyewakan rumah tersebut kepada penyewa dengan kadar sewaan sebanyak RM35 sebulan.
Mahni kemudiannya telah mengambil tindakan undang-undangterhadap Sapiah dan Ali untuk satu pemilikan kosong tanah tersebut pada 5 Julai 1963. Tindakan itu telah dibuat oleh Mahni sebelum serahan hak itu didaftarkan.
Mahkamah majistret telah menolak permohonan Mahni atas alasan bahawa pada masa tindakan diambil, tanah tersebut masih belum lagi didaftarkan atas nama mahni. Mahni tidak berpuas hati dan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.
-- Tanah yang dipegang di bawah satu kelulusan masih lagi merupakan tanah kerajaan.
-- Dengan itu, pemohon yang telah diluluskan permohonan adalah tidak berhak kepada pendaftaran hakmilik.
-- Walaubagaimanapun, pemohon mempunyai hak yang dikenali sebagai ' hak menunggu hakmilik tanah itu didaftarkan '.
-- Kedudukan pemohon pada masa itu adalah menurut pandangan Hakim adalah sebagai seorang pemegang lesen kepada tanah Sapiah dan dengan itu boleh masuk mengambil pemilikan dan penghuniaan tanah tersebut.
-- Dalam keadaan tarikh pelaksanaan serahan sehingga kepada tarikh pendaftaran instrumen serahan itu, mahni berhak kepada pemilikan dan juga berhak mengambil tindakan dalam mendapatkan ganti rugi.
-Kesan kes
Sebenarnya kes Mahni telah pun diputuskan oleh mahkamah sebelum KTN berkuatkuasa lagi. Ia diputuskan dengan bersandarkan kepada prinsip-prinsip sistem torrens yang berasaskan bahawa pendaftaran adalah segala-galanya.
Fakta yang menunjukkan bahawa pemohon telah pun membayar premium dan lain-lain bayaran kepada PBN sebenarnya tidak dapat menyokong pemohon dalam kes ini.
Selagi pemohon tidak dikeluarkan dengan satu dokumen hakmilik melalui pendaftaran di bawah sistem torrens, tanah masih lagi dipegang oleh PBN sebagai tanah kerajaan dan pemohon tidak lagi berhak kepada tanah tersbut.
-ilham-
Sunday, 13 December 2015
PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)
Di bawah Seksyen 65 KanunTanah Negara
Suatu kebenaran dalam bentuk lesen yang bersifat sementara diberikan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pihak yang diberikan kuasa untuk suatu tujuan yang telah dikhaskan di mana tanpanya seseorang itu akan dianggap sebagai penceroboh dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
SIAPA YANG LAYAK MEMOHON
- Warganegara Malaysia selain remaja
- Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan masing-masing memegang tanah
- Raja-raja memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957
- Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang-undang bertulis masing-masing
BAGAIMANA MEMOHON
- Dibuat melalui Pentadbir Tanah
- Dibuat oleh Pemilik Tanah Sendiri
- Permohonan hendaklah disertakan dengan segala dokumen yang berkaitan.
CARA MEMOHON
- Permohonan dibuat oleh pemohon melalui Pejabat Tanah Daerah, pemohon perlu membeli pelan untuk kawasan yang dipohon
- Pemohon perlu mengisi borang LPS di Pejabat Tanah DaerahBorang yang telah lengkap diisi perlu dikemukan semula ke Pejabat Tanah Daerah beserta dokumen berikut:
- salinan kad pengenalan pemohon
- 2 salinan Pelan Lokasi / kedudukan tanah
- 1 salinan Lesen Pendudukan Sementara ( jika ada )
FI PERMOHONAN
- Kadar bayaran permohonan akan dikenakan di Pejabat Tanah Daerah
KADAR PREMIUM YANG DIKENAKAN
- Mengikut Kaedah Tanah Selangor
KUASA MELULUSKAN
- Pihak Berkuasa Negeri
LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS)
1. Definisi
Lesen Pendudukan
Sementara ialah satu bentuk pelupusan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri iaitu
satu cara di mana Pihak Berkuasa Negeri membenarkan tanah tertentu diduduki
atau digunakan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 42(1) (c) KTN.
2. Peruntukan
Undang-Undang
2.1 Seksyen 42(1) (c), KTN
Kuasa
pelupusan
(1) Tertakluk
kepada Seksyen kecil (2) Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mempunyai kuasa di
bawah Akta ini:-
(c) untuk
membenarkan pendudukan tanah Kerajaan, tanah rezab dan tanah lombong di bawah
Lesen Pendudukan Sementara yang dikeluarkan menurut peruntukan-peruntukan Bab 2
Bahagian Empat;
2.2 Seksyen
43, KTN
Orang-orang
dan badan-badan yang boleh dilupuskan tanah kepadanya.
Tertakluk
kepada peruntukan Bahagian Tiga Puluh Tiga (A), Kuasa pelupusan yang diberi
kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh Seksyen 42 bolehlah dijalankan hanya untuk
faedah, dan permohonan untuk menjalankan kuasa itu bolehlah diterima hanya
daripada orang-orang atau badan-badan berikut:-
a) manusia selain
daripada remaja;
b) perbadanan-perbadanan
yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah;
c) raja-raja pemerintah,
kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah
di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular,
1957;
d) badan-badan yang
diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang
bertulis lain.
Dengan
syarat bahawa tidaklah menjadi perlu bagi sesebuah perbadanan mempunyai kuasa
memegang tanah untuk membolehkannya memohon, dan dikeluarkan kepadanya, sesuatu
permit untuk mengeluarkan dan mengambil bahan-bahan batuan.
2.3 Seksyen 65, KTN
Kuasa
Melesenkan Pendudukan Tanah Kerajaan, Tanah Lombong dan Tanah Rizab
(1) Pihak
Berkuasa Negeri bolehlah, menurut peruntukan-peruntukan Bab ini dan mana-mana
kaedah di bawah Seksyen 14, membenarkan pendudukan sementara di bawah lesen –
a) tanah Kerajaan;
b) tanah lombong yang
pada masa itu tidak digunakan untuk maksud-maksud perlombongan;
c) tanah rizab pada masa
itu tidak digunakan untuk maksud-maksud yang ianya dirizabkan ;
(2) Lesen-lesen
pendudukan sementara bolehlah dikeluarkan untuk apa-apa maksud selain daripada
apa yang ditegah oleh Seksyen kecil (2) Seksyen 42.
2.4 Sek.66, KTN
Pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara.
Lesen-lesen
pendudukan sementara bolehlah, tertakluk kepada apa-apa arahan yang sebaliknya
oleh Pihak Berkuasa Negeri dan kepada peruntukan-peruntukan mana-mana kaedah di
bawah Seksyen 14, dikeluarkan dan diperbaharui bagi Pihak Berkuasa Negeri -
a) dalam hal tanah
Kerajaan, oleh Pentadbir tanah;
b) dalam hal tanah
lombong, oleh Pentadbir Tanah yang bertindak dengan kelulusan -
i) Merinyu Kanan Galian, atau mana-mana pegawai lain yang pada masa itu boleh ditugaskan dengan pentadbiran di dalam Negeri itu mengenai apa-apa undang-undang bertulis yang berkaitan dengan perlombongan, dan juga dengan kelulusan mana-mana pemegang pajakan tanah itu;
ii) orang atau badan
yang pada masa itu berhak mendapat kepentingan pajakan atau sijil
perlombongan dalam persoalan;
c) dalam hal tanah
rizab -
i) oleh Pentadbir
Tanah yang bertindak dengan kelulusan pegawai pada masa itu mempunyai kawalan
ke atasnya; atau
ii) oleh Pegawai
itu, bila dan setakat mana yang ianya diwibawakan selaku pegawai itu oleh Pihak
Berkuasa Negeri;
Dengan syarat
bahawa tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh mewibawakan Pentadbir Tanah untuk
mengeluarkan lesen pendudukan sementara mengenai mana-mana sungai sebagaimana
yang diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta bagi
maksud proviso ini.
2.5 Sek. 67, KTN
Jangkamasa,
Syarat-Syarat, dll.
dan
bentuk Lesen Pendudukan Sementara.
(1) Kecuali setakat
mana yang ditetapkan sebaliknya, tiap-tiap lesen pendudukan sementara selain
dari yang mana Seksyen 69 dipakai (iaitu, satu lesen pendudukan sementara yang
disatukan dengan satu permit untuk mengeluarkan dan mengambil bahan batuan)
hendaklah dikeluarkan bagi satu tempoh yang tamat tidak lewat daripada
penghujung tahun kalendar yang ianya bermula; dan tertakluk kepada Seksyen
kecil (3) bolehlah diperbaharui pada tiap-tiap tahun;
Dengan syarat bahawa satu
lesen yang dikeluarkan untuk maksud membolehkan mana-mana pertunjukan awam atau
hiburan diadakan bolehlah dikeluarkan untuk apa-apa tempoh lain sebagaimana
yang sesuai dalam keadaan-keadaan itu.
(2) Tiap-tiap lesen
pendudukan sementara akan mempunyai kesan-kesan tertakluk kepada apa-apa
peruntukan sebagaimana yang terkandung di dalamnya, setakat mana yang tidak
bercanggah dengannya, kepada apa-apa peruntukan lain yang akan ditetapkan.
(3) Tertakluk kepada
syarat di bawah mana satu lesen pendudukan sementara telah dikeluarkan,
Pentadbir Tanah bolehlah atas permohonan oleh pemegang lesen membaharui lesen
sedemikian itu bagi satu tempoh yang tidak lebih dari satu tahun calendar:
Dengan syarat bahawa
tidaklah boleh ada lebih dari tiga pembaharuan yang dibuat mengenai sesuatu
lesen pendudukan sementara melainkan suatu kebenaran bertulis yang diluluskan
oleh Pihak Berkuasa Negeri telah didapati terlebih dahulu.
(4) Tiap-tiap lesen
pendudukan sementara selain dari yang mana Seksyen 69 dipakai hendaklah dibuat
di atas Borang 4A, dan dalam hal pembaharuan lesen sedemikian itu hendaklah
dicatiterakan suatu nota pembaharuan itu dan tarikh yang ianya dijangka tamat.
Friday, 11 December 2015
PELUPUSAN DAN PENGGUNAAN TANAH BAWAH TANAH
Bagaimana Tanah bawah Tanah dilupus dan kegunaannya akan dikupas dalam ruangan blog pada kali ini.
Pelupusan Tanah bawah Tanah yang juga dikenali sebagai "Stratum". Terdapat beberapa cara yang dapat dilaksanakan untuk melupus Tanah bawah Tanah ini mengikut yang ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara (KTN).
Cara-cara pelupusan Tanah bawah Tanah adalah seperti berikut :
- Melalui "Pemberimilikan"
- Melalui "Kebenaran Hak Penggunaan Eksklusif"
- Melalui "Pajakan"
Melalui Cara "PEMBERIMILIKAN"
- Tanah bawah Tanah di bawah Tanah Kerajaan (seksyen 92C)
- Tanah bawah Tanah yang merupakan Tanah Kerajaan yang telah ditetapkan kedalamanannya [ (seksyen 92C, perenggan 92B(1)(a) & subseksyen 92B(4) ]
- Pemberimilikan Tanah bawah Tanah di bawah Tanah berimilik yang tidak ditetapkan kedalamanannya [perenggan 92D(1)(b) dan perenggan 92B(1)(a) ]
Melalui Cara "Kebenaran Hak Penggunaan Eksklusif"
- menggunakan kesemua atau sebahagian daripada kedalaman Tanah bawah Tanah di bawah Tanah berimilik untuk maksud yang berlainan dan tidak berhubungan dengan kegunaan Tanah di permukaanya [perenggan 92D(1)(a) & 92B (1)(a)]
- menggunakan kesemua atau sebahagian daripada Tanah bawah Tanah yang tidak ditetapkan kedalamannya ( untuk maksud yang berlainan dan tidak berhubungan dengan kegunaan Tanah di permukaannya ) di bawah Tanah rizab yang telah dipajak [seksyen 92G & perenggan 92E(1)(a)]
Melalui "PAJAKAN"
- pajakan Tanah bawah Tanah di bawah Tanah rizab [perenggan 92F(1)(a)]
- pajakan Tanah bawah Tanah di bawah Tanah bawah Tanah yang telah dipajak [perenggan 92F(1)(b)]
- pajakan kedalaman Tanah bawah Tanah di bawah Tanah rizab yang terletakhak kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) [perenggan 92F(1)(b), perenggan 92E(1)(a) & subseksyen 92E (3)]
Subscribe to:
Posts (Atom)