PERSOALAN ?
1) Apakah kesan undang-undang terhadap pemberimilikan tanah yang telah diluluskan ?
2) Bolehkah ia diserahkan kepada orang lain ?
3) Sekiranya boleh,adakah boleh penerima serahan membuat tindakan untuk pemberimilikan?
Persoalan-persoalan di atas boleh dirujuk dari kes-kes berikut ;
a) mahni lawam ali (1965)
b) tan ah boon lawan the state of johore (1936)
MAHNI LAWAN ALI
-Fakta kes
sapiah telah membuat permohonan kepada PBN untuk mendapatkan tanah kerajaan di Bandar Baru Sungai Way, Mukim Petaling untuk dijadikan tempat kediaman. Pada 4 hb Julai 1958, dia telah diberitahu bahawa permohonannya telah diluluskan. Dia dengan itu telah membayar premium, cukai sewa tahun pertama dan juga bayaran ukur. Selepas tiga tahun Sapiah telah menjual tanahnya kepada Mahni. satu borang serah hak telah dikeluarkan dengan bersaksikan oleh Pemungut Hasil Tanah sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu iaitu Peraturan Undang-Undang 1930. Penyerahan hak itu kemudiannya telah pun didaftarkan pada bulan november 1963.
Malangnya pada masa yang sama, bapa tiri kepada Sapiah iaitu Ali yang pada masa itu sama-sama menetap ditanah tersebuttidak mahu berpindah dari tanah dan rumah rumah tersebut. Untuk menambahkan lagi bban Sapiah, Ali telah pun menyewakan rumah tersebut kepada penyewa dengan kadar sewaan sebanyak RM35 sebulan.
Mahni kemudiannya telah mengambil tindakan undang-undangterhadap Sapiah dan Ali untuk satu pemilikan kosong tanah tersebut pada 5 Julai 1963. Tindakan itu telah dibuat oleh Mahni sebelum serahan hak itu didaftarkan.
Mahkamah majistret telah menolak permohonan Mahni atas alasan bahawa pada masa tindakan diambil, tanah tersebut masih belum lagi didaftarkan atas nama mahni. Mahni tidak berpuas hati dan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.
-- Tanah yang dipegang di bawah satu kelulusan masih lagi merupakan tanah kerajaan.
-- Dengan itu, pemohon yang telah diluluskan permohonan adalah tidak berhak kepada pendaftaran hakmilik.
-- Walaubagaimanapun, pemohon mempunyai hak yang dikenali sebagai ' hak menunggu hakmilik tanah itu didaftarkan '.
-- Kedudukan pemohon pada masa itu adalah menurut pandangan Hakim adalah sebagai seorang pemegang lesen kepada tanah Sapiah dan dengan itu boleh masuk mengambil pemilikan dan penghuniaan tanah tersebut.
-- Dalam keadaan tarikh pelaksanaan serahan sehingga kepada tarikh pendaftaran instrumen serahan itu, mahni berhak kepada pemilikan dan juga berhak mengambil tindakan dalam mendapatkan ganti rugi.
-Kesan kes
Sebenarnya kes Mahni telah pun diputuskan oleh mahkamah sebelum KTN berkuatkuasa lagi. Ia diputuskan dengan bersandarkan kepada prinsip-prinsip sistem torrens yang berasaskan bahawa pendaftaran adalah segala-galanya.
Fakta yang menunjukkan bahawa pemohon telah pun membayar premium dan lain-lain bayaran kepada PBN sebenarnya tidak dapat menyokong pemohon dalam kes ini.
Selagi pemohon tidak dikeluarkan dengan satu dokumen hakmilik melalui pendaftaran di bawah sistem torrens, tanah masih lagi dipegang oleh PBN sebagai tanah kerajaan dan pemohon tidak lagi berhak kepada tanah tersbut.
-ilham-