Wednesday, 25 November 2015

APA ITU SISTEM TORRENS???




SISTEM TORRENS adalah satu sistem serahak dimana hakmilik atas tanah dan kepentingan atas tanah bergantung kepada pendaftaran dan bukan kepada intrumen antara pihak-pihak iaitu suratcara, perjanjian jual beli, dan geran tanah.

Instrument ini adalah satu cara untuk mendapatkan pendaftaran tetapi tidak meninggalkan apa-apa kesan urusniaga keatas tanah sehinggalah pendaftaran dilakukan. sistem ini mula diperkenalkan di Australia Selatan pada tahun 1858 dan nama ini diambil bersempena dengan nama Sir Robert Torrens.

Sistem Torrens mempunyai dua prinsip:
 1) Prinsip Cermin
           berkenaan tentang pendaftaran menggambarkan semua fakta atau kepentingan yang berkaitan dengan tanah atau hakmilik tuanpunya berdaftar tanah tersebut.
 2) Prinsip Tabir
           iaitu pembeli mendapatkan maklumat berkenaan hakmilik tanah hanya melalui maklumat pendaftaran tanah tanpa menyingkap atau melihat disebalik pendaftaran tersebut


Sistem Torrens menetapkan dan memperakui di bawah kuasa kerajaan dimana hakmilik yang tidak boleh disangkal dan memudahkan, mempercepatkan dan merendahkan perbelanjaan segala urusan tanah. Selain itu, ianya juga memberi jaminan dan kesenangan kepada segala urusan tanah. Bukti hakmilik apabila nama yang telah tercatat adalah tuan punya tanah. Seterusya, pengukuran tanah yang betul oleh juruukur perlu dilaksanakan bagi menentukan sempadan tanah yang dimiliki.




3 comments: