Wednesday, 25 November 2015

BAYARAN YANG PERLU DIBAYAR KEPADA PBN


Apabila PBN meluluskan pemberimilikan suatu tanah, jumlah yang kena dibayar kepada PBN oleh orang atau badan yang kepadanya diluluskan pemberimilikan itu ialah:

      i. cukai tanah tahun pertama; 
     ii. premium (jika dikenakan); 
    iii. bayaran ukur jika pengukuran akan dijalankan oleh Pegawai Ukur Kerajaan; dan 
    iv. bayaran penyediaan dan pendaftaran hakmilik sementara dan hakmilik tetap

Bayaran tersebut dituntut oleh PBN melalui Borang 5A KTN dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan atau tempoh lanjutan yang dibenarkan maka dengan sendirinya kelulusan pemberimilikan tersebut luput.

Cukai tahun pertama ialah cukai yang kena dibayar sebaik sahaja pemberimilikan tanah yang diluluskan dan dikira seperti berikut (Sek. 94 KTN):

    i) Jika tanah diberimilik (didaftarkan hakmilik) sebelum akhir bulan September, cukai tahunan pertama adalah bagi tahun dalam mana tanah itu diberimilik.  

Contoh:
 Tanah diberimilik pada 15 Julai 2008, cukai tahunan pertama kena dibayar adalah untuk tahun 2008. 

  ii) Jika tanah diberimilik selepas bulan September, cukai tahun pertama adalah cukai bagi tahun berikutnya. 

Contoh:
Tanah diberimilik pada 15 November 1998, cukai tahun pertama kena dibayar adalah untuk tahun 1999. 

Cara untuk mengira keluasan tanah, jumlah cukai dan premium yang kena dibayar ke atas sesuatu tanah yang diberimilik menurut kadar yang dinyatakan dalam peruntukan Kaedah Tanah Negeri berkenaan;

    i) Pengiraan keluasan tanah (Sek. 96 KTN) 
       a) Tanah Bandar atau Pekan 
           -Jika keluasan pada kiraan hektar, tiap‐tiap pecahan yang kurang daripada 1/100 hektar dikira               sebagai 1/100 hektar (0.01 hektar).
            Contoh: 1.246 = 1.25 ha 7.308 = 7.31

          -Jika keluasan pada kiraan suatu unit yang selain daripada hektar (seperti meter persegi), tiap‐              tiap pecahan yang kurang daripada suatu unit dikira sebagai satu unit penuh.
           Contoh: 1234.30m2   = 1235 m2 (jika kadarnya per 1 m2)
                        1234 m2     = 1240 m2 (jika kadarnya per 10 m2)  
                        1234 m2     = 1300 m2 (jika kadarnya per 100 m2)

      b) Tanah Desa dan Persisiran Pantai 
         -Jika keluasan pada kiraan hektar, tiap‐tiap pecahan yang kurang daripada 1/10 hektar (0.1 hektar).
           Contoh: 1.246 ha = 1.3 ha 

        -Jika keluasan pada kiraan suatu unit selain daripada hektar, tiap‐ tiap pecahan yang kurang                  daripada satu unit dikira sebagai satu unit penuh.
          Contoh: 1234.30 m2   = 1235 m2 (jika kadarnya per 1 m2)
                     1234 m2      = 1240 m2 (jika kadarnya per 10 m2)
                     1234 m2      = 1300 m2 (jika kadarnya per 100 m2)

ii) Pengiraan nilai wang Bagi semua jenis tanah (Bandar, Pekan, Desa, Pesisir Pantai atau Dasar Laut), apa‐apa jumlah kiraan yang kurang daripada RM 1 hendaklah dikira sebagai RM 1.
Contoh: RM 50.05 = RM 51 









No comments:

Post a Comment