Monday, 23 November 2015

BATASAN KUASA KANUN TANAH NEGARA

BATASAN KUASA KANUN TANAH NEGARA


         Penulisan entri kali ini adalah untuk  menjelaskan batasab kuasa Kanun Tanah Negara. Walaupun ia merupakan Undang-undang Tanah utama di Semenanjung Malaysia, namun terdapat beberapa undang-undang yang tidak dapat diatasi oelh Kanun Tanah Negara.
Undang- undang tersebut ialah:


  1. Terengganu Settlement Enactment 1356
  2. Akta Penanaman Padi ( Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan ) 1967
  3. Ordinan Penyelesaian Tanah Kelantan 1955
  4. Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960
  5. Mana-mana undang-undang mengenai pengecualian daripada pembayaran hasil tanah.


           Selain daripada itu, peruntukan-peruntukan tidak boleh digunakan jika ia bercanggha dengan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang mengenai

  • Tanah pemegang adat
  • Tanah rizab Melayu/ pemegang Melayu
  • Tanah lombong
  • Tanah kesultanan
  • Tanah wakaf atau baitulmal  


                                                                              #3RD    
                                                                         #LAWCORPS 
                                                                                                                                                                                                                             

KANUN TANAH NEGARA





       Apakah itu Kanun Tanah Negara ? Ia merupakan Undang-undang Tanah utama yang digunakan di Semenanjung Malaysia. Undang-undang ini telah dikuatkuasakan mulai 1 Januari 1966. Bermula dari tarikh ini satu sistem pemegangan dan urusan tanah yang sama telah wujud di semua negeri di Semenanjung Malaysia.

      Sebelum 1 Januari 1966, semua negeri ini mempunyai dua sistem pemegangan tanah yang berbeza. Negeri Pulau Pinang dan Melaka mempunyai suatu sistem yang khusus iaitu yang terdapat di Negeri-negeri Selat sebelum perang, yang dengannya surat ikatan yang disempurnakan secara persendirian adalah asas hak milik bagi tanah.
  
     Secara perbandingan, 9 buah Negeri-negeri Melayu itu menggunakan satu sistem yang berdasarkan kepada prinsip bahawa hak-hak persendirian atas tanah boleh diperolehi hanya daripada pemberian yang nyata oleh kerajaan atau berikutan daripada pendaftaran Kerajaan mengenai urusan-urusan statut yang kemudian. Sistem yang diamalkan di 9 buah Negeri Melayu ini adalah dikenali umum sebagai sistem Torrens atau sistem pendaftaran hakmilik.

        KTN telah digubal dengan berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926. Justeru itu, untuk menghapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka, Akta KTN telah diperbuat pada tahun 1963 dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1966. Oleh itu, dengan adanya KTN, kesemua 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai sistem tanah yang sama mulai 1 Januari 1966. Tujuannya adalah untuk mengadakan satu sistem pemegangan dan urusan tanah yang seragam di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia. 
                                                              
                                                                #2ND
                                                          #LAWCORPS  
                                                                   

INTRODUCTION


 


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kami dahulukan sebagai pembuka bicara. Blog ini direka khas untuk menerangkan dan menjelaskan dengan lebih jelas berkaitan dengan Undang-undang Harta Tanah. Siapakah kami? Kami terdiri daripada 6 orang iaitu 1 lelaki dan 5 perempuan. Sebelum diperkenalkan ahli2 group ini, izinkan kami menjelaskan latar belakang blog ini. Blog ini dicipta sebagai tugasan dan melengkapi pengetahuan tentang subjek Undang - undang Harta Tanah yang diajar oleh Dr. Khatijah. Rujukan utama dalam menulis entri di dalam blog ini ialah Kanun Tanah Negara dan nota2 Undang2 Harta Tanah yang disediakan oleh Dr.Khatijah. Now its the time, ahli-ahli group ini ialah, M.N Ilham, N.Khairunnisa, N.Hafizah, N.Asyikin, N.Ziana, T.W.Sin. Ahli group ini merupakan pelajar tahun 2 kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah. Justeru itu, kami berharap semoga blog ini dapat membantu pihak tuan/puan, pelajar2 dan lain2 pihak dalam memahami hal-hal yang berkaitan dengan Undang-Undang Harta Tanah di Malaysia.




                                                         #1ST
                                                   #LAWCORPS