Monday, 23 November 2015

KANUN TANAH NEGARA





       Apakah itu Kanun Tanah Negara ? Ia merupakan Undang-undang Tanah utama yang digunakan di Semenanjung Malaysia. Undang-undang ini telah dikuatkuasakan mulai 1 Januari 1966. Bermula dari tarikh ini satu sistem pemegangan dan urusan tanah yang sama telah wujud di semua negeri di Semenanjung Malaysia.

      Sebelum 1 Januari 1966, semua negeri ini mempunyai dua sistem pemegangan tanah yang berbeza. Negeri Pulau Pinang dan Melaka mempunyai suatu sistem yang khusus iaitu yang terdapat di Negeri-negeri Selat sebelum perang, yang dengannya surat ikatan yang disempurnakan secara persendirian adalah asas hak milik bagi tanah.
  
     Secara perbandingan, 9 buah Negeri-negeri Melayu itu menggunakan satu sistem yang berdasarkan kepada prinsip bahawa hak-hak persendirian atas tanah boleh diperolehi hanya daripada pemberian yang nyata oleh kerajaan atau berikutan daripada pendaftaran Kerajaan mengenai urusan-urusan statut yang kemudian. Sistem yang diamalkan di 9 buah Negeri Melayu ini adalah dikenali umum sebagai sistem Torrens atau sistem pendaftaran hakmilik.

        KTN telah digubal dengan berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926. Justeru itu, untuk menghapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka, Akta KTN telah diperbuat pada tahun 1963 dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1966. Oleh itu, dengan adanya KTN, kesemua 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai sistem tanah yang sama mulai 1 Januari 1966. Tujuannya adalah untuk mengadakan satu sistem pemegangan dan urusan tanah yang seragam di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia. 
                                                              
                                                                #2ND
                                                          #LAWCORPS  
                                                                   

No comments:

Post a Comment