Thursday, 17 December 2015

PEMINDAHAN BAHAN BATUAN

KUASA PIHAK BERKUASA NEGERI(PBN)

1. Tahukah anda tanah apa yang boleh dicabut dan dipindahkan bahan batuan?
 PBN membenarkan sesiapa sahaja yang memohon untuk mencabut dan memindahkan bahan batuan dari
-Tanah Kerajaan
-Tanah Berimilik
-Tanah Lombong
-Tanah Rizab
2. Apakah tujuan mencabut dan memindahkan bahan batuan?
-Tujuannya adalah untuk memindahkan bahan batuan di luar kawasan tersebut.
3. Pengeluaran permit  perlu dipohon terlebih dahulu daripada:
- Kes Tanah Kerajaan oleh Pentadbir Tanah
-Kes Tanah Berimilik oleh Pentadbir Tanah kepada tuan punya tanah , mana-mana orang atau badan lain.
-Kes Tanah Lombong oleh Pentadbir Tanah dengan tindakan kelulusan oleh Inspektor Kanan Galian atau mana-mana pegawai lain yang buat masa itu ditugaskan dengan pentadbiran di dalam Negeri itu mengenai mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perlombongan kepada oang atau badan yang buat masa itu berhak kepada faedah pajakan atau sijil perlombongan yang dipersoalkan ATAU dengan keizinan orang atau badan itu, mana-mana orang atau badan lain.
-Kes Tanah Rizab oleh Pentadbir Tanah yang bertinfak dengan kelulusan pegawai yang buat masa itu mempunyai kawalan ke atasnya. Oleh pegawai itu bila dan setakat mana yang dia diberi kuasa bagi tujuan itu oleh PBN.

Maksud daripada kenyataan di atas, kami boleh kupaskan bahawa setiap tanah mempunyai pegawai yang terlibat dan diberi kuasa untuk mengeluarkan permit dan perlu mendapat kebenaran daripada pemegang pajakan.

Jangkamasa, syarat-syarat dan bentuk permit dan lain-lain.
1. Jangkamasa yang diperuntukan dalam Seksyen 72 Kanun Tanah Negara adalah tiap-tiap permit untuk mencabut , memindah dan mengangkut bahan batuan hendaklah dikeluarkan untuk satu tempoh yang tidak lewat daripada penghujung tahun kalendar dalam mana ia bermula, dan terhenti manakala tamatnya tempoh itu walaupun jumlah keseluruhan bahan batuan belum lagi dihabis cabut , dipindah dan diangkut.
2. Tiap-tiap permit untuk mencabut dan memindah bahan batuan hendaklah menggunakan BORANG 4.
3. Peruntukan seksyen 73 Kanun Tanah Negara, apabila berlakunya kematian atau pembubaran sesuatu syarikat maka permit tersebut tidak boleh dipindahmilik atau bertukar tangan.
Contohnya, apabila si ayah(pemilik permit) telah meninggal dunia maka permit tersebut tidak boleh dipindahmilik atau dialihak kepada si anak.
4. Peruntukan seksyen 74 Kanun Tanah Negara PBN boleh mengarahkan Pentadbir Tanah atau pegawai yang berkaitan untuk yang mengeluarkan mana-mana permit supaya menghendaki orang atau bahan mendepositkan sejumlah wang yang difikirkan munasabah tujuan untuk pematuhan dengan sempurna dan pemulihan tanah apabila terhenti permit itu.
Kenapa permit diperlukan?
-Apabila sesuatu pembangunan hendak dijalankan, pembangunan itu memerlukan tanah, pasir, kerikil dan granite. Maka, tidak semua tanah mempunyai bahan batuan seperti ini.