Wednesday, 25 November 2015

BENTUK-BENTUK PELUPUSAN

Pelupusan Secara Pemberimilikan

Seksyen 5 KTN menjelaskan bahawa “berimilik” ertinya melupuskan tanah Kerajaan untuk selama‐lamanya atau untuk satu tempoh beberapa tahun, sebagai balasan kepada pembayaran cukai sewa, dan selainnya selaras dengan peruntukan‐ peruntukan seksyen 76 atau, apabila digunakan berhubung dengan tempoh sebelum berkuatkuasanya Akta ini, melupuskan tanah Kerajaan untuk selama‐lamanya atau untuk satu tempoh beberapa tahun di bawah undang‐undang tanah terdahulu (yang bukan merupakan undang‐undang yang berkaitan perlombongan).

Seksyen 76 KTN menyatakan bahawa pemberimilikan di bawah KTN hendaklah merupakan pelupusan tanah Kerajaan oleh PBN:

 a) untuk tempoh tidak melebihi 99 tahun; atau
 b) untuk tempoh selama‐lamanya; di mana –
 
     i. Kerajaan Persekutuan menghendaki PBN memberi untuk selama‐ lamanya kepada Kerajaan Persekutuan atau kepada sesuatu Pihak Berkuasa Awam;
    ii. PBN berpuashati bahawa tanah itu akan digunakan bagi maksud awam; 
   iii. PBN berpuashati bahawa terdapat keadaan‐keadaan istimewa yang membuatnya sesuai dilupuskan untuk selama‐lamanya. 
 
c) sebagai balasan pembayaran cukai tahunan;
d) sebagai balasan bayaran premium (melainkan sesuai dikecualikan);
e) tertakluk kepada suatu kategori kegunaan tanah (jika dikenakan);
f) tertakluk kepada apa‐apa syarat dan sekatan kepentingan yang dikenakan oleh PBN. 

No comments:

Post a Comment