Orang atau badan yang kepadanya tanah boleh diberimilik tertakluk kepada syarat‐
syarat berikut:
Syarat seksyen 43 KTN:
a. Manusia biasa yang cukup umur (menurut Age of Majority Act 1971).
b. Perbadanan yang diberi kuasa di bawah perlembagaannya untuk
memiliki tanah. Contoh: Perbadanan yang didaftarkan di bawah Akta
Syarikat 1965, Akta Pertubuhan 1966, Akta Kesatuan Sekerja 1959,
Akta Koperasi dan lain‐lain.
c. Raja pemerintah, kerajaan, organisasi, dan lain‐lain orang yang diberi
kuasa untuk memegang tanah di bawah “Diplomatic and Consular
Privilages Ordinance, 1957”.
d. Badan‐badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah
di bawah mana‐mana undang‐undang bertulis yang lain. Contoh: Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di bawah Akta PTP 1957,
LKIM, Mara, Perbadanan Kemajuan Negeri dan lain‐lain.
Syarat‐syarat lain:
a. bagi tanah dalam kawasan simpanan Melayu hanya kepada orang Melayu sahaja;
b. bagi tanah yang diisytiharkan sebagai kawasan orang Asli atau
kawasan simpanan orang Asli, kepada orang Asli sahaja;
c. di Kelantan hanya kepada rakyat Kelantan sahaja;
d. di Terengganu, tanah pegangan Melayu hanya kepada orang Melayu.
No comments:
Post a Comment