Hakmilik tanah adalah menunjukkan bukti kepunyaan seseorang yang mendakwa sebidang tanah itu miliknya, dan tercatat namanya di dalam hakmilik tersebut. Pentingnya hakmilik adalah ditegaskan di bawah Seksyen 78 KTN di mana hakmilik yang tidak didaftarkan, tanah itu masih lagi menjadi tanah kerajaan, walaupun pemberimilikan telah diluluskan. Hakmilik adalah menggambarkan perihal tanah, tempat, luas, kedudukan, sempadan-sempadan, tuanpunya dan apa-apa kepentingan lain yang wujud ke atas tanah berkenaan. Di bawah KTN terdapat perkaea-perkara yang menentukan jenis hakmilik iaitu :
- Tempat - samada tanah tersebut terletak di Bandar,Pekan atau Desa.
- Keluasan - samada keluasannya lebih atau kurang dari 4 hektar ( 10 ekar ).
- Tempoh pemegangan - samada tanah itu diberi milik selama-lama atau untuk satu tempoh.
Terdapat pelbagai jenis hakmilik,antaranya ialah :
- HAKMILIK SEMENTARA - iaitu tanah yang telah diluluskan pemberimilikan tetapi belum diukur halus mengikut peruntukan KTN. Hakmilik Sementara Pejabat Pendaftar dalam Borang 11A dan Hakmilik Pejabat Tanah dalam Borang 11B.
2. HAKMILIK TETAP - iaitu apabila sesuatu tanah telah diukur halus dan keluasan muktamadnya telah ditentukan.
Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar - terdapat dua jenis iaitu:
i) Geran (Borang 5D), bagi tanah yang diberi milik untuk selama-lamanya.
ii) Pajakan Negeri (Borang 5C), bagi tanah yang diberi milik untuk satu tempoh.
Hakmilik Tetap Pejabat Tanah - terdapat dua jenis iaitu :
i) Geran Mukim (Borang 5D), bagi tanah yang diberi milik selama-lamanya.
i) Geran Mukim (Borang 5D), bagi tanah yang diberi milik selama-lamanya.
ii) Pajakan Mukim (Borang 5E), bagi tanah yang diberi milik untuk satu tempoh.
Pendaftar Hakmilik Tanah hendaklah memastikan bahawa semua dokumen hakmilik daftar disimpan dengan selamat supaya tidak rosak.
#4th
#LAWCORPS
WinStar World Casino: Hotel & Casino - Boyd Gaming
ReplyDeletePlan your 트 위치 룰렛 next event or meeting at WinStar World Casino 배팅사이트 in Boyd Gaming-Tahoe. Check out total event space, meeting 무료슬롯머신 rooms, and 토토 배당률 보기 request a proposal today. 라이브스코어